assalamualaikum people..
ayat ni aku kopipes dari inche mukabuku...hope bg pnduan pada semua..
Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.
Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?
…
Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?
Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.
Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah…
Christian : Sekarang……… saya mengerti…
Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi:
“Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya” (HR.Bukhari Muslim)
========================
Brother Fathi Al-Sakandary menjawab:
Hadith yg disebut adalah Palsu, ia tidak wujud. Tiada dalam Sahih Al-Bukhari mahupun Sahih Muslim, dan tiada dalam mana-mana kutub ahadith. Ia adalah dusta kepada Nabi, dusta kepada Imamain Al-Bukhari dan Muslim.
Mengucapkan selamat atau tahniah utk perayaan agama lain adalah khilaf fiqhi kerana tiada dalil Sahih dan Sarih (jelas) akan haramnya, Dr. Yusuf al-Qaradhawi antara yang membolehkan mengucap tahniah utk perayaan krismas utk org kristian, para ulama khilaf krn mrk berbeza pemahaman akan tujuan mengucapkan tahniah itu, yg mengharamkan mereka memahami dgn mengucapkan ia beerti kita menyambut dan menyambut perayaan agama lain adalah haram, mereka berdalilkan sebuah athar “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk antara mereka”,
Manakala fuqaha yg membolehkan pula memahami ia sekadar menghormati agama lain bkn menyambut maka mrk mengharuskan, mereka berdalilkan hadith Sahih Nabi berdiri menghormati mayat seorang kafir, Juga dalil al-Qur’an Allah membolehkan nikah dgn wanita ahli kitab.
Soalan: orang share post ni,adekah mereka termasuk berdusta ke atas Nabi krn mnyebarkan hadis palsu?
Fathi Al-Sakandary menjawab:
ya semua yg share juga termasuk telah berdusta kpd Nabi, Dan hanya boleh ditebus dgn taubat Nasuha. Berdusta kpd Nabi dgn sengaja ada 4 bentuk:
1- mencipta hadith palsu
2- menyebarkan hadith palsu dengan mengetahui ia palsu
3- menyebarkan apa-apa juga hadith tanpa memastikan terlebih dahulu dgn pasti ia sahih.
4- menyebarkan hadith sahih tapi memutarbelitkan maknanya.
Kesemua 4 cara di atas termasuk berdusta kpd Nabi dgn sengaja, dan ia termasuk dlm ancaman Nabi sabdanya: “man kazzaba ‘alayya mutammidan fallyatabawwa maq’adahu minannar- sesiapa yang berdusta kpdku dgn sengaja maka dia telah menempah tiket ke neraka” (muttafaqun ‘alaih). Ubatnya hanyalah taubat nasuha
ucap deepa atau kong xi fa cai juga termasuk ucapan tahniah, dan ulama khilaf boleh atau tak, tiada dalil yg jelas melarangnya, ia sama dgn krismas
No comments:
Post a Comment